Khamis, 19 April 2012

Hand Bouquet lagi..... buat kawan baik ku...

mulakan hari anda dgn Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ :)))

Alhamdullilah masih brnafas lagi di muka bumi ciptaan allah nie... Syukur atas segala~galanya... Ya Allah JADIKAN hatiku IKHLAS dan REDHA dalam hadapi KEHIDUPAN hari ini, Ya Allah JADIKAN hatiku SABAR dan USAHA dalam tempuhi KEHIDUPAN ini, Ya Allah JADIKAN hatiku CINTA dan SAYANG pada MU ,RASULMU,SUAMIKU AYAH IBUKU,KELUARGAKU serta semua SAHABATKU di ALAM ini,Ya Allah JADIKAN hatiku LEBIH baik dari SEMALAM..
Aminnnn...




Hari nie idea dtg serta merta maka terjadi la bunga tangan yg begini... puas cari kain chiffon dkt banda tganu nie.. semua x cantik.. aduhhsss... pening jugak... tp tak nak menghampakan hati seorang kawan baik ku... ( kite sama2 baik kan.. hahahaha ).. aku usahakan jugak la... 1 meter RM16.90.. wow... chiffon kamdar..

gunting~gunting... potong~potong.. nie la hasilan yg tak seberapa.... harap sgt mu suka darling Muzlina... hehehehe

kita nak happy~happy je....
Belajar dari Pontianak, seberat mana pun masalah – dia tetap tertawa.

Rabu, 18 April 2012

Mutiara Kata~kata



:::::BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIM::::

~:¤ Andai Ini Adalah Malamku Yang Terakhir ¤:~

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan malam ku yang terakhir kali.....
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini adalah malam terakhirku.....
Tentu siangnya aku sibuk berzikir "a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air Tentu aku tak akan jemu
melagukan syair Rindu mendayu.. Merayu... Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini adalah malam terakhirku......
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu' Tubuh, minda, dan qalbu..
.bersatu memperhamba diri Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
Andai aku tahu ini adalah malam terakhirku......
Tidak akan aku sia-sia kan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersiakan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini adalah malam terakhirku.......
 Tentu akan aku sibukkan dengan Mengadu... Merintih...Meminta belas kasih....
Andai ku tahu ini adalah malam terakhirku.....
Ya Allah, dari usia dan umur yang telah Engkau berikan,
begitu banyak dosa yang telah hamba-Mu lakukan,
begitu besar kesalahan yang telah aku perbuat,
begitu jauh aku bergelimang dosa, sehingga aku sering melupakan-Mu ya Allah.

Sering aku melalaikan perintah-Mu ya Allah,
tidak mendengarkan panggilan-Mu Ya Allah,
begitu asyik aku mengarungi kehidupan duniawi,
begitu jauh aku menyimpang dari jalan-Mu Ya Allah.

Ya Allah, aku memohon ampunan-Mu
ya Allah atas segala kelalaian dan kesalahan yang telah aku lakukan selama ini.
Ya Allah, Tuhan yang maha pengasih tolong selamatkanlah aku dari kepedihan azab-Mu.
Andai ku tahu ini adalah malam terakhirku......
Ya Allah, wahai Zat yang menunjuki orang yang tersesat, pengasih terhadap orang yang berdosa,
dan pemaaf bagi orang yang tergelincir pada kesalahan, Kasihanilah hamba-Mu ini,

selamatkanlah aku dari gejolak api neraka.
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" Oleh karena itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang... Hina.. Dhaif.. Jahil.. Lagi Banyak Dosa ini..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di malam ini..

Musahabah diri seketika

mulakan hari anda dgn Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ :)))


Biar pun jalan itu panjang.. kita akan merintisnye perlahan~lahan..

"SESEORANG menangis, bukan karena ia LEMAH. Tapi karena ia sudah terlalu 
lama KUAT."

Bijaksana bukan berarti tdk membuat kesalahan, namun belajar keluar dari kesalahan dengan tetap mempertahankan harga diri dan kewarasan. Selama kita msh menatap kblakang dan mlihat area-area ksalahan kita serta btekad utk tidak mengulangi ksalahan yg sama, tdk banyak hal lain yg perlu kita lakukan. Waktu akn menyembuhkan luka. Lagipula, smakin banyak ksalahan yg Anda lakukan, smakin kecil kemungkinan Anda mlakukan ksalahan baru.

Sebaliknya, bersedihlah. Bahkan menangislah...Bila malam berlalu, namun Dia mengacuhkan kita, tdk memberikan kesempatanan kpd kita utk menemui-Nya.

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita..maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka....


"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam..Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa..Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim..Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"

♥ Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titisan air yang lembut..Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut ♥


lepas ni....saya nk g jauh dr semua org....
saya x nk rpt dgn sspe lg....
saya x lyk nk rpt dgn sspe....
org yg saya kasihi,mcm dah x peduli kt saya lagi....
sedih :'(
asyk bz,tp dgn org lain ade je mse....
trme ksh buat saya mcm ni....
saya cuba,& terus mencuba.....
bwk diri jauh2..... 
di hati ini hnye tuhan yg tahu...:'(
saya x kuat tempuhi semua ni....

Isnin, 16 April 2012

~ Bismillahirrahmanirrahim ~


Ber Emosi seketika... entah lah kan.. kadang-kadang terpikir macam-macam dlm kepala nie.. tp takala itu teringat kembali.. nie semua dugaan tuhan kepada hamba-hambanya.. mungkin lah kan... walau apa pun kena sabar.. kuat kan hati dalam menempuh segala dugaan... Ya Allah betapa besar nye dugaan mu.... 
Be careful…. if you make a women cry because
Allah the most high counts her tears.

A women came out of the rib of man,
not his feet to be walked on,
nor his head to be superior over;
she came from his side to be his companion,
under his arm to be protected, and
next to his heart to be be loved.”








Kalau jatuh ? Bangun lagi.
Kalau jatuh ? Bangun lah lagi.
Masa mula mula belajar berjalan dulu , jatuh kan ? Lepas tu bangun
jatuh semula , bangun , Dan Alhamdulillah pandai berjalan . Jadi kenapa sekarang takboleh bangun ? Masa kecil kecil dulu kuat sbb lepas jatuh , bangun lagi , masa jatuh sakit tapi bangun lagi dan lagi . Jadi kenapa sekarang kita tak kuat masa kita kecil kecil dulu? Kenapa bila kita ada masalah kita rasa kita takmampu untuk bangun semula? Kita kuat masa kecil dulu kenapa taklagi kuat sekarang ? Bangunlah ! Bangun dan Bangun .




Gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri..

Mudah-mudahan bermanfaat..




Perjuangan hidup tidak berhenti selagi nadi ini masih berfungsi..berjuanglah meraih kebahagiaan dunia untuk kebahagiaan akhirat yg hakiki,percaya dan yakin Allah swt bersamamu walau segetir mana hidupmu. 



subhanallah, alhamdulillah..Allahu AKBAR!





Pujuklah hati, terima takdir dengan rela. Ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.


Aku tetap TERTAWA walau aku di hina..
Aku tetap TERSENYUM walau hati ku terguris..
Aku tetap KUAT walau aku dalam ujian dan dugaan..
Aku tetap SEMANGAT walau aku TRTEKAN oleh KESAKITAN yang KU ALAMI..
Dan yang terpenting aku tetap SABAR....
Dan memandang semua ini ujian dan akan mendatangkan baik saja....

(walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA) 


♥Subhanallah Subhanallah Subhanallah
♥Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah
♥Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
♥ Laa hau lawala Quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziiim
♥ Allahumma sholli 'alaa Muhammad
♥ Astaghfirullahal 'aziim, allazii laa ilaaha illa hual hayyul Qayyum, wa atuubu ilaik... :)



Ahad, 15 April 2012

MUSIBAH UJIAN PENGHAPUS DOSA~DOSA...

LUMRAH kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima ujian.
Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa." Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.
Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.
Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan. Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya. Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas. Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Ujian ada dua jenis. Pertama namanya bala dan yang kedua ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang. Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan. Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Sabtu, 14 April 2012

Hand Bouquet lagi..





Alhamdullilah..
ketemu lg... syukur kehadrat nye dilimpahi segala2 nikmat yg tak terhingga... Alhamdullilah Terima kasih Allah... InysaAllah aku akan hidup dengan iman walaupun dipenuhi dugaan dan berpegang kepada Allah walau ia tak kelihatan.. InysaAllah...
ish ish ish... hari nie punya kerja tangan ku... terima kasih Allah kerna bg ku idea sebegini.. inilah caraku hasil ku... tanpa kusedari maka terjadi la HB kepunyaan Cik Eqin dari Melaka nie... hope die suka sgt2.. hahahahaha....








Khamis, 12 April 2012

Bantal and Bantal...



Alsalamualaikum... kawan2 semua.. saya harap anda semua beroleh kesejahteraan.. keimanan yg bahagia selalu... Berusaha untuk sesuatu. Bertawakallah. Tetapi jika ianya tidak seperti yang diimpi, nyata, Allah ada perancangan yang lebih baik buatmu :)... harap ade kesabaraan di hati nie untuk melalui hari2 yg terseksa kan... huhuhuhuhu....  buat my love yg sering bersama ku di kala susah n senang ku..  ku menghargai sangat2 kasih sayang mu pd ku.. tak terbalas rasanye oleh ku... ku panjat kan doa agar diri mu ngan diri ku jua.. tabah menghadapi segala-galanye....
KITA KUAT KAN WALAU DITIMPI BADAI SEKALI PUN KAN.. KAN...
OPPPPPPSSSSSS opppss... nak cerita pasal gambar nie dulu.... hehehehehe bantal yg d ode oleh https://www.facebook.com/marshaena... dan https://www.facebook.com/profile.php?id=100001011888533.... harap mereka suka la... sory la terlewat membuat nye..
coz mood tak berapa baik sejak akhir2 nie... 
muga dapat kembali semangat ku..
 Yang ada hanyalah HARI INI dan AKAN DATANG. 
Gunakanlah HARI INI sebaik mungkin kerana SEMALAM telah pergi buat SELAMA-LAMANYA dan HARI ESOK belum pasti milik kita..Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT, hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda...
Ya Allah........ Kita perlu sedar walau kita ni sehebat-hebat manusia, kita takkan berdiri sendiri tanpa keizinan dari ALLAH. Jangan la rasa sombong dengan diri sendiri kalau hidup ni pun ALLAH yang tentukan. 




Khamis, 5 April 2012

bantal golek panjang



Mood tak ade tp nie la hasil yg tak seberapa.. tak tahu diri nie... sedih je .... malas nak pikir la benda~benda da lepas.. hidup mesti diteruskan... Janganlah bersedih jadi lah wanita yg paling bahagia di dunia nie....
past is past, u can look back, but don't stay there too long, or the door in your front will closed. ...

Semakin kita ingin rapat dengan Allah semakin kuat pula Allah memberi ujian kepada kita


 InysaAllah Allah akan memberi yg terbaik untuk ku... dan keluarga ku. 
Ya Allah kuat kan hati diri ku nie.. muga ade rezeki lain buat ku... Aminnn

Janganlah kamu khuatir dengan masa depan. Percayalah dengan takdir Allah dan ketentuan-Nya. Yakinlah dengan kebijaksanaan Allah.Relakan segala apa yang ditakdirkan Allah kepada dirimu. Bersikaplah dengan baik,bersyukur dan reda. Hadapilah dugaan dengan sabar dan berserah diri kepada-Nya